Wednesday, June 24, 2009

DEBAT NC UKM...............

DEBAT UKM pertama kalinya SDAR mengalas amanat.....................
Walaupun aku tak pi tengok anak-anak pi berdebat kat UKM tapi berita yang aku dapat dari sms ilyas masa kat menceh amat mem banggakan. Sesungguhnya perjalanan mereka ke UKM aku hanya mengharapkan mereka menimba pengalaman dan merasakan suasana sebenar pertandingan sahaja..... tak lebih dari tu ...... Tapi sebalinya........ ibarat menongkah bintang dilangit akhirnya bulan keribaan. Berikut keputusan SMS dan rasmi yang diterima

Sesi satu: Usul Semangat Cintakan Negara semakin Membara
Kerajaan SDAR menentang pembangkang STAR A
Pendebat terbaik, Mohd Thalhah bin Kamarulzaman,( SDAR)
Pemenang: SDAR

Sesi 2, usul: Konsep 1 Malaysia Tepat Pada Masanya
Kerajaan SDAR menentang Pembangkang MRSM Tun Ghafar Baba
Pendebat Terbaik: Mohd Luqman Suffian bin Junaidi, SDAR
Pemenang: SDAR

Sesi 3, dengan usul, Program Latihan Khidmat Negara mencapai matlamat
Kerajaan SDAR menentang pembangkang SSAS
Pendebat Terbaik : SSAS
Pemenang: SDAR

Sesi 4, dengan usul: Remaja kita tak peka dengan isu semasa.
Kerajaan SDAR menentang pembangkang STAR B,
Pendebat Terbaik : STAR
Pemenang: STAR B

Sesi 5, dengan usul: Program Penerapan Modal Insan Sudah Berjaya
Kerajaan MRSM Kuala Kubu Baru menentang pembangkang SDAR
pendebat terbaik: Mohd Adzlan Qushaimi bin Jamaludin, SDAR
Pemenang: SDAR

Dengan kemenangan itu, maka SDAR berada di tangga ke 2 keseluruhan, dibawah SSP, peringkat saringan pada masa itu.
Sesi 6, merupakan sesi penentuan ke suku akhir. Maka, dengan usul: Hak Asasi Malaysia Membanggakan,
Kerajaan SSP menentang Pembangkang SDAR,
Pendebat Terbaik: SSP
Pemenang, SSP

Walaupun SDARkalah di tangan SSP, namun begitu, kita masih bernasib baik kerana kita masih berada di dalam 8 pasukan teratas iaitu pada kedudukan kelima.
Setelah percaturan dilakukan, maka, bagi peringkat suku akhir, SDAR telah di gandingkan dengan Sekolah Sultan Alam Shah sekali lagi. Maka, berikut adalah keputusannya.

Usul diberi, Penggunaan Internet Perlukan Kawalan,
Kerajaan SDAR, menentang SSAS Pembangkang,
Pendebat terbaik: SSAS
Pemenang: SSAS

Walaubagaimanapun kekalahan terubat apabila diumumkan 10 best speaker.
1- MRSM TGB ( Ahmad Asraf) Ting 4
2- SAS ( Mohd Zuheir) Ting 4
3- SDAR (Mohd Thalhah bin Kamarulzaman. Ting 2
4- SDAR ( Mohd Adzlan Qushaimi bin Jamaludin) Ting 4
5- SSP ( Nurul Shairah) Ting 4
6- Maahad Hamidiah ( Afzan Syazwan.) Ting 4
7- SDAR .(Mohd Luqman Suffian bin Junaidi) Ting 2
8 – MCKK ( Abdul Lukman) Ting 4
9- SAS ( Mohd Yazid) Ting 4
10- SBPI Gombak ( Fatin Najwa) Ting 4

Prestasi yang ditunjukkan agak memberangsangkan kerana walaupun ini merupakan kali pertama budak2 ni wakil sekolah kecuali (adzlan) tapi kejayaan amat meberangsangkan tangga ke-2 selepas 5 perlawanan dan tangga ke-5 selepas 6 pusingan.

Kesemua debater SDAR berjaya mendapat tempat sepuluh terbaik, daripada keseluruhan 120 peserta yang bertanding. Satu-satunya sekolah kesemua peserta mendapat TOP TEN best speaker......

Semoga tahun hadapan kejayaan itu milik kita.............................

4- Tak lupa juga .....Tahniah kepada Team Eksplorasi Alam Kerjaya SDAR kerana menjuari EAK Zon Selatan dan akan mewakili ke peringkat kebangsaan pada Ogos ini di SAS.

KHIDMAT BAKTI GEMENCEH.......


19, 20 & 21 Jun 2009...Tarikh ni ada tiga benda penting yang aku kena buat, Pertama Debat UKM, Kedua hari Kerjaya di SBPI Jempol, dan ketiga Frayer ( KhIdmat Bakti di Gemenceh), tiga-tiga ni under aku dan aku antara guru penasihatnya. Memandang ketiga-tiga program ni serentak pada tarikh dan masa yang sama, maka timbang-timbang akhirnya aku pun pi lah ke khidmat bakti di Gemenceh. Sebab kalau kat menceh sekurang-kurangnya jantung aku tak lah nak jatuh bila tunggu keputusan Debat UKM dan EAK nanti .
Maka aku bertolak dari SDAR kul 3 ptg seramai 42 orang pelajar dan 8 orang guru, dan sampai ke Menceh kul 4.45 ptg, di SK Geduk selaku tuan rumah perasmian pembukaan, semua tetamu termasuk YB sudah menunggu dan menanti rombongan dari SDAR selama sejam lebih..malu jugak pasal lewat.....sebab penantian satu penyeksaan, lagi pun YB setiap detik amat berharga..... Hanya kalimah maaf saja terpacul atas kelewatan. Kalau tahu ada YB yang menanti mungkin sebelum jumaat dah bertolak kot ........
Kat menceh seronoknya bukan saja dapat tengok kampung orang, tp paling penting time ni musim durian gugur. Maka, puaslah aku ngan budak-budak SDAR ni makan durian sampai dah tak leh nak tertelan lagi. Hari terakhir sekali Pi umah Uztazah Murni dijamu dengan rendang maman... maman ni memang best ….so aku pun pi lah kebun Maman terbesar di Malaysia kat depan sekolah Geduk nak beli sekilo je RM6.00.
Dan yang sedihnya masa rombongan SDAR hendak, bertolak balik, aku lihat ada adik-adik tahun 6 ada yang menangis teresak-esak kerana akan berpisah dengan abag-abang mereka. Ada tu masa bas dah bergerak ada sorang budak 5 tahun nil mengejar bas sambil menangis2, tak kurangnya juga memegang baju abg2 tak bagi dia orang naik bas. Aku hanya memerhatikan dari jauh je.... sungguh sedih, almaklumlah sifat peyanyang yang tinggi dalam kalangan abg2 SDAR berjaya menambat hati adik-adik disana. Alangkah bagusnya nilai-nilai penyayang ini diteruskan dalam kehidupan seharian diasrama SDAR. Mesti lebih aman bahagia kehidupan diasrama kita........
Sekalung penghargaan dan kasih kepada YB Menceh, PPD Tampin, PIBG, Guru Besar, Guru -guru dan Ibubapa dan seluruh warga kampung Geduk dan Sungai Dua atas penerimaan dan layanan mesra delagasi dari SDAR. Moga lain tahun jumpe lagi...... Dan tak sabar nak pergi Frayer kat SK TELUK KEMANG pulak, kat PORT DICKSON 24,25,26 Julai ni......Mesti best suasan pantai pulak.......................

Sunday, June 14, 2009

rumah dah siap pahat berbunyi lagi.....


Masih ...dgn PPM lg.....hehe......bukan apa, rasa aku nak masuk je dalam majlis penggubal Format Bahas Bahasa Melayu PPM ni..............Sudah tiba masanya HKSBP menukar format mengikut pertandingan Debat-debat di Universiti contohnya Debat Piala Di Raja, Alam Sekitar, Kemerdekaan dan sebagainya. Mengapa perlu mengambil contoh debat Presiden sehingga ke Singapura, sedangkan contoh terbaik ada didepan mata. Ibarat kata memagar kelapa condong, akhir buah jatuh ke laman orang juga. kenapa aku kata begini, nanti budak2 ni bila kat U nanti , kena ubah semula ikut format MADUM jugak. kesian budak-budak pening kepala diaorang.
Namun begitu, sebelum aku pergi jauh, sekalung pujian dan tahniah tahun 2009 ni, ada sesuatu yang baru, yang perlu aku puji pada format PPM ni, pertama tajuk dapat masa tu jugak, kedua dah tak de PREMIS. Selalunya PREMIS ini yang memeningkan kepala, tp kali ni e, Kerajaan hadir dengan mencadangkan usul atas rasional, dan pembangkang menolak usul dengan rasional....cukup......Kalau peringkat Universiti premis ni pada pembakg je, senang je, kena tambah TIDAK saja, tak payah nak pikir-pikir, tapi kalau PPM adalah pantang nenek moyang letak tidak, kalau letak kena tolak 2 mata, kena fikir satu kenyataan yang baru yang menafikan usul, tapi membawa maksud sama dengan TIDAK.. (Ayat aku ni pun ko orang dah pening apa lagi nak buatnya. )
Sebenarnya PPM akan menjadi lebih menarik, lebih adil, lebih telus, lebih murni sekiranya perlawanan tidak di”grouping”kan awal, tetapi mengikut power match seperti pertandingan diperingkat Universiti mengikut Format Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) . Untuk mengajar cara dan kaedah ini, bukan perlu kos yang tinggi, tak perlu pergi sampai negara jiran menuntut ilmu, panggil aku sambil lelap mata aku terangkan..... tak pun jumpe saja En Khir Nadiron dari UIAM bila-bila masa saja dia boleh terangkan. ( Sebab SBP pernah panggil dia buat ceramah, senang je aku tengok) tak pun debater Universiti hasil acuan SBP berlambak yang bagus-bagus dan arif tentang format power match ni .Panggil bila-bila masa dia orang boleh datang terangkan, tak percaya time PPM kita dapat tengok x debater ni ramai yang datang walaupun tidak diundang...... bayangkan kalau diundang mereka, maka yang buta datang bertongkat, yang tuli datang berpimpin yang celik berlari-lari begitulah ibaratnya……...
Oklah berbalik pada stail PPM punya carta perlawanan. Antara kelemaahan yang boleh dikongsikan...........
Jika sesebuah sekolah itu sudah kalah pada perlawanan pertama, maka harapan untuk mara @ juara kumpulan adalah terlalu tipis, dan apa yang boleh dibuat berdoa mahupun sembahyang hajat mengharapkan sekolah yang mengalahkanya, kalah dengan sekolah lain pula. Itu sahaja satu-satunya cara untuk mara seterusnya. Dalam diam sebenarnya debat cara ini telah menanamkan sikap iri, dengki, dan mendoakan perkara yang tidak baik dalam kalangan peserta. Kalau tidak percaya cuba tanya pasukan yang telah kalah awal, apa respon mereka. “ Ala kita orang dah kalah tadi, kalau nak menang kumpulan syaratnya kumpulan sekolah yang kalahkan kami tadi kalah dengan bla bla..bla...
Tetapi............ tidak pada format MADUM, yang mengamalkan sistem power match, jika soalan yang diajukan kepada mereka yang kalah pada pusingan pertama, mereka pasti akan menjawab begini.....tak pe..... lepas ni kita mesti menang.....kalau lepas ni kalah juga sekali lagi......tak pe untuk 4 perlawanan lagi kita kena menang semua. Takkan terpacul untuk mendoakan dan mengharapkan pihak yang mengalahkan kita akan kalah pula. Sebab kita ada 6 perlawanan semuanya. Lihat jawapan yang suci lahir dari format yang murni.
Sebenarnya kalau sesiapa perasan, mengikut format PPM yang sedia ada, tak ubah seperti kalah mati, mereka yang sudah kalah awal sebenarnya perlawanan seterusnya sudah tiada bermakna. Perlawanan adalah buat syarat saja, kalau ko menang pun belum tentu ko akan juara kumpulan, sebab nak juara kumpulan mesti menang semua. Dan jarang-jarang, kadang-kadang sedikit sangat kumpulan yang pernah kalah pada pusingan pertama, akan mara juara kumpulan. Aku dah anaslis dah dari tahun 2006 di Sultan Ahmad Shah Pahang, (2007) di SAKTI kemudian (2008) di JENAN dan (2009) di SSP. Kesimpulanya kalau dah kalah sekali tu, jangan nak berangan akan mara, buang air liur, buang tenaga, buat penat je.......tetapi perkara seperti ini tidak akan berlaku kalau ikut format (MADUM)
Format MADUM melihat kekalahan kali pertama tidak boleh menghukum team debat tu lemah, banyak faktor yang perlu diambil kira, mana tahu faktor tajuk yang berat sebelah, seperti tajuk Pelancongan menjana ekonomi negara. Ekonomi asas tani menjana ekonomi negara. Intergriti asas kemajuan negara, pengguna bijak menjana ekonomi negara (antara tajuk PPM yang berat sebelah) Tajuk ni aku pernah tengok semua pembangkang terlungkup. Jadi ( MADUM ) percaya mereka yang kalah awal sebenarnya bukan tidak hebat tetapi mungkin ada faktor-faktor lain(kalau PPM tajuk lah ) itulah sebabnya MADUM memilih sistem power match kerana cara ini memberi peluang walaupun sudah kalah pada pusingan pertama anda boleh mara lagi sekiranya anda bersungguh-sungguh pada pusingan kedua. Tidak kah sistem ini dilihat mendidik pelajar untuk tidak berputus asa dan dapat memberi peluang membetulkan kesilapan dan kelemahan.
Ikut cara PPM kalau kita renungkan betapa ruginya kita datang dari utara (Syed Putra) timur (Faris Perta) selatan (STF) hanya untuk berdebat 3 kali sahaja. Perjalanan datang untuk PPM lebih lama dan amat memenatkan dari berdebat itu sendiri. Kita lihat, HKSBP berlangsung 5 hari, sepatutnya dalam masa 5 hari HKSBP cuba menggunakan masa semaksimum mungkin. Bayangkan 5 hari X 24 jam=120 jam. Cuba kira masa seorang berdebat satu perlawanan 8 minit darab 3 kali perlawanan (satu kumpulan 4 sekolah), maknanya 24 minit sahaja seorang pelajar berdebat. Tidak sampai 1 jam pun seorang pelajar itu berdebat. Kalu ikut peratus 24 minit dari 120 jam X 100 bersamaan tak sampai 1% seorang itu berdebat. Masa yang lebih tu buat apa ???
Aku pernah suarakan juga, ada sesetengah orang kata kesian budak penat, penat ke........Sebab setahu aku seorang bercakap 8 minit je. Kalau yang gulung je 12 minit. Lebih penat kalau main basket aku rasa. Setakat berdebat bawah kipas...... dalam air cond …..apa lah sangat.......tak mencabar langsungggggg......
Sedangkan di UIAM semua team diberi peluang berdebat sebanyak 6 kali pada pusingan awal dan pada tahun 2008 pusingan awal di UIAM sebanyak 7 kali. Memang berbaloi......
Maka masa selebihnya di PPM ikut pengalaman aku baru-baru ni, aku tido, jalan-jalan pegi Alamanda, pergi tengok wayang, dan bersukaria sahaja. Kalu tahun depan di Pasir Puteh tuan rumah, perjalanan je dah 8 jam, debat 24 minit je sorang, selebihnya dapatlah pergi wakaf Che Yeh, Rantau panjang, Pasar Siti Khadijah, sebab seperti aku katakan tadi masa akan banyak terbuang....kalau ada sekolah pasukan basket ball mewakili zon dapat jugak jadi pom..pom … tukang sorak, sekolah yang tak de......tido je lah.....
Cuba lihat semasa pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia( UIAM) .meriah, mencabar, sarat dengan persaingan yang sihat, mencabar minda.....sungguh penat namun amat menyeronokan. Bukan aku nak sokong UIAM, tapi sekurang-kurangnya mana yang baik, ambil jadi tauladan, mana yang tak baik jadikan sempadan. Barulah ada kemajuan........
Bayangkan sebagai sebuah badan yang meletakan slogan disini pemimpin dilahirkan tetapi aktiviti yang melibatkan pengucapan awam hanya tiga kali lawan, sekali setahun sahaja. Terima kasih UIAM dan UKM yang bakal menganjurkan pertandingan Debat menjemput sekolah-sekolah SBP, walaupun slogan anda bukan “disini pemimpin dilahirkan”.

Thursday, June 4, 2009

Alahai usul PPM .......

Alahai usul …......
Kepada yang membuat tajuk Debat PPM sepatutnya lebih berhati-hati. Bukan semua perkara boleh didebatkan kerana, tersalah memilih dan mencadangkan tajuk anda sebenarnya telah menganiayai debater termasuk menganiayai guru pengiringnya sekali. Sebelum aku buat ulasan, aku bukannya debater yang bagus, jika nak dibandingkan dengan budak-budak SBP yang seusia dan sezaman dengan aku. Tapi satu fakta yang perlu tahu, dekat UPSI tu pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu memberi kepercayaan kepada aku bukan sahaja mewakili Universiti tetapi jadi pegawai pengiring Debat gantikan dia orang, sebab dia orang tahu aku lebih tahu dari apa yang dia orang tahu. Terus kepada usul PPM......

Kita lihat pada tajuk: PENGGUNA BIJAK MENJANA EKONOMI NEGARA. Dari tajuk saja aku dah boleh agak siapa yang akan menang, telahan aku betul jugak. Pusingan kelima semua pembangkang KALAH, ulang suara semua PEMBANGKANG KALAH...Kepada siapa yang menjadi pembangkang, kesian kalian, anda bukan tidak berbakat, tetapi tajuk tidak menyebelahi anda.

Inilah ibaratnya bila tenuk mengajar tapir berenang, akhirnya menyusahkan orang sahaja. Sebagai pembangkang bagaimana anda ingin menafikan pengguna bijak tidak mampu menjana ekonomi keluarga. Gila apa?? Sudah tentulah pengguna bijak pandai mencari peluang, pengguna bijak pandai mencari alternatif baru untuk menaikkan taraf keluarga, tanam sayur dan sebagainya. Pengguna bijak pandai untuk berbelanja, belanja ketika musim jualan murah, pilih barangan yang murah tetapi mewah ( hehe aku punya falsafah tu ) pengguna bijak tidak boros tidak ikut nafsu bijak menabung, tak masuk skim cepat kaya, tak pinjam along tetapi buat pinjaman kat Bank dan sebagainya. Nama pun dah bijak tahap kesedaran pun tinggi, bak kata orang tu, orang kalau dah bijak duit RM 10 boleh dijadikan 10 ribu, tapi kalau dah tak pandai( bodoh) duit sejuta pun habis. Apapun hujah pembangkang untuk mematahkan kelemaahan dan kekurangan pengguna kerajaan bidas begini sahaja Yang Berhormat tu bukan pengguna bijak, pengguna bodoh namanya (hehe tu ayat aku ).bla ...bla.... Sepatutnya Pengguna Mampu meningkat ekonomi keluarga. Tidak perlu ada BIJAK...Barulah pihak pembangkang boleh membangkang usul dengan mangatakan pengguna pada hari ini sifatnya mudah terpengaruh dengan iklan-iklan, bersikap boros dan terpedaya dengan jualan-jualan murah. Tapi bila pengguna bijak.......sampai sekarang aku berfikir apa sepatutnya, sekolah mana dan siapa yang mencadangkan tajuk ni, jom kita debat tapi biar aku kerajaan......

Kita lihat pula pada tajuk “ INTEGRITI ASAS KEMAJUAN NEGARA” Menangis pembangkang untuk membangkang tajuk ni. Sudahlah debat PPM tidak boleh membawa alternatif baru untuk melawan kes kerajaan, maka mahu tidak mahu kena lah cari kelemahan INTEGRITI. Setahu aku Pak Lah menitik beratkan integriti ini kerana dalamnya terkandung sifat-sifat positif yang akhirnya boleh membawa kepada kemajuan negara. Begitu juga kata KAJOL (debater UIAM) jadi yang berhormat semua perkara positif sudah terkandung dalam INTEGRITI, apa yang kami perlu katakan, hasad dengki ke asas kemajuan negara.Maka berpeluh, dan menagislah Tun Fatimah selaku pembangkang untuk menentang SMAP Kajang dalam tajuk ni. Kalau SMAP Kajang yang teror tu diposisi pembangkang pun sesak nafas Afiq untuk menerangkan kepada dewan betapa untuk menolak INTEGRITI ASAS KEMAJUAN NEGARA. Apakah pembangkang ingin buktikan ada sebuah negara yang masyarakatnya RASUAH, KORUPSI, PECAH AMANAH membangun negara mereka. Dan akhirnya membuktikan ia bukan asas kemajuan. Selaku pihak pembangkang hanya boleh bermain pada frasa ASAS, mengatakan ianya bukan asas,tapi sekadar elemen kecil saja, tapi selaku kerajaan mengatakan usul bukan satu-satunya asas, maka terdiamlah pembangkang, asas adalah benda yang utama, dalam analogi rumah tiang asas bukanya satu tapi banyak, begitulan dalam usul ini, asas kemajuan negara bukannya satu tapi, banyak. Namun pembangkang perlu membuktikan asas ataupun bukan. Sila jawab hakim bestari …........kalau tajuk IJN ke ataupun teknologi ke boleh jugak pembangkang kata, kekangan Teknologi ataupun wang ringgit menyebabkan kita tidak mampu untuk melaksanakanya dan akhirya ia bukan asas. Dalam tajuk ni boleh ke kita cakap INTEGRITI tu ada kekangan dalam pelaksanaanya kerana masalah kewangan ataupun kos. Kalau begitu buat baik dan jujur, amanah dan ikhlas kena bayar.....tiadalah orang baik yang kaya. Takkan nak cakap tidak menyeluruh INTEGRITI tu, sebab dia baru diperkenalkan. Setahu aku dari darjah satu ustaz dah ajar jujur amanah, siddiq fatanah dan banyak lagi sifat mahmudah, hanya nama saja dimodenkan. Maka sekali lagilah pembangkang tajuk ini semuanya KALAH..... Kesiannnnnnnnnnn.......................................................... maka menagislah dua lagenda debat TUN FATIMAH dan MCKK selaku pembangkang.

Tajuk sesi ke 7 “FAKTOR EKONOMI MENYEBABKAN KECICIRAN PELAJAR”.
Tajuk ni menyaksikan Sains Selangor ( Kerajaan) VS SSP( Pembangkang ). Pembukaan yang kemas dari kerajaan menyebabkan aku berpihak kepada kerajaan. Cuma SSP gagal untuk membawa keraguan yang kuat dalam membankang usul. Sepatutnya SSP membawakan begini, untuk menolak usul Faktor Ekonomi menyebabkan keciciran pelajar, perlu menunjukkan Pendidikan sekarang adalah percuma dan semua rakyat mampu untuk menerima pendidikan. Buku teks percuma bukanya kena bayar RM 300, duit makan asrama RM 1.00 saja dik oi lainlah kena 300 sebulan, duk asrama percuma bukan kena sewa tiap2 bulan pun 200 ke. Kalau yang benar-benar susah tu masuk-masuk dah ada projek khas lagi semua percuma. Malaysia merupakan negara membangun maka tahap kemiskinan rakyat Malaysia adalah rendah, setakat yuran sekolah tak sampai RM 10.00 adakah rakyat malaysia tidak mampu untuk membayar. Kegagalan menceritakan dengan baik keadaan pendidikan masa kini, menyebabkan usul ditolak.

Pihak kerajaan berjaya memberi gambaran untuk mendapatkan pendidikan masyarakat perlu ada duit, tak de duit tak boleh pergi sekolah atau sambung belajar. Kerajaan terpaksa memberi bantuan biasiswa kepada pelajar, kalau tiada biasiswa mereka tidak boleh belajar. Sebab dalam BERSAMAMU tu budak tak pergi sekolah sebab nak tolong bapa dia cari duit. Mengambarkan pendidikan di Malaysia seolah-olah mahal diperingkat rendah, hinggalah ke peringkat tinggi. Sebab tajuk ni mind set orang duit segala-galanya, almaklumlah peribahasa baru nak masuk tandas pun kena duit.

Fikir macam ni je, dulu guru-guru terpaksa buat pendaftaran untuk memungut yuran dan segala bayaran dari pelajar tatkala awal tahun. Tapi sekarang mana ada lagi....nak bayar boleh, tak nak bayar sudah, tak boleh dipaksa. So disini saja,menunjukkan bukan alasan tak de duit untuk menyekolahkan anak-anak, dan sekiranya mereka tidak bersekolah adakah mereka benar-benar tidak ada duit???? dan keraguan yang boleh ditimbulkan adakah tiada duit ataupun tiada kesedaran untuk sekolah????

Diperingkat IPTA pula, keraguan yang boleh ditimbulkan adakah tak dapat sambung belajar disebabkan tiada duit ataupun sebab x cukup syarat sebab dapat ( 10 1E) ? Respon kerajaan???? Kalau cukup-cukup makan pun masuk giat MARA dapat elaun lagi dik oi RM 200 sebulan. Kalau tak nak masuk tu tak de duit ke tak de apa ? Matrik masuk dapat elaun lagi dik oi, lepas matrik pulak nak masuk Universiti tu dapat boucer lagi RM 1500.00. Kalau masuk UPNM dapat elaun lagi RM1200.00 macam orang dah keje dik oi, kesimpulannya tak nak sambung belajar bukan tak de duit tapi malasssss. Kalau ko pandai macam normadiha tu cakap je nak belajar kat mana, jangan kat bulan je. Ini menunjukkan duit atau faktor ekonomi bukan faktor keciciran pelajar.

Analogi begini kalau nak masuk tandas kena duit 20sen. Sekiranya kita tak de duit maka tak boleh masuk tandas, jadi kesimpulan keciciran kita tak dapat masuk tandas adalah disebabkan kita tiada duit. Itu yang ditunjukan oleh kerajaan. Tapi pembangkang pula kena tunjukkan masuk tandas tiada bayaran, ( sebab tandas masjid hehe) sesiapa sahaja boleh masuk, kalau tak nak masuk tu maknanya dia tak nak buang air kecil lah bukan faktor duit @ ekonomi tadi. Sama je, nak sekolah kerajaan ke nak sekolah swasta??? nak masuk tandas bayar ke dan masuk tandas masjid. Berbalik apa yang dibawa oleh SSP mereka seolah-oleh bersetuju nak bersekolah perlu ada duit, maka mengatakan ada bantuan, biasiswa dan sebagainya. Maka kerajaan membidas kenapa ada bantuan dari kerajaan, sebab kalau tiada bantuan maka masyarakat tidak boleh bersekolah akhirnya membuktikan ekonomi adalah penting. Boleh nak bawa hujah bantuan dan biasiswa, tapi bukan hujah utama. Walaubagaimanpun syabas dan tahniah kepada kedua-dua pihak yang telah sampai ketahap ini.


Bilakah kita akan bersatu.......

Masa perlawanan SDAR vs SSP ada mamat ni tanya aku cikgu SDAR ke Cikgu SSP, Aku tahu dia selalu nampak aku dengan budak2 SDAR, lagi mahu tanya, mungkin tak de soalan nak tanye, so aku pun jawab aku X- SSP. Banyak soalan yang boleh ditanya tu saja soalannye....al kisahnya X debater SDAR dulu.

Bagi memantapkan pasukan Debat SDAR …......
Aku menyeru kepada semua X debater SDAR kembalilah bertaut semula, jenguk-jenguklah adik-adik kalian disini. Bayangkan setiap tahun 8 orang pendebat telah dilahirkan diSDAR ( BI & BM) bayangkah usia PPM 36 tahun maka darabkan kepada 8 orang bersamaan 288 orang debater SDAR sudah terkumpul dan telah terhasil dan dilahirkan. Pendebat merupakan pemikir dan amat intelek dan genius. Kalau tak masakan Munir 10 A1, Akhbar 10 A, Acap 10A, Azim 9 A,( Anugerah Full Colour lagi), Syafik 9A, Hanif 9A, Ilyas dan Azlan 8 A. Maka penakulan mantik mudah yang aku boleh katakan, debater sebelumnya( 1973- 2006 ) pun merupakan golongan yang genius juga dan tidak mustahil pada hari ini, sudah berpangkat Dato' YB, ada Lawyer, Arkitek , Doktor dan ahli muzik( sbb budak debat minat band jugak) dan tokoh koporat lagi berpangkat.

Cuba kita bayangkan!!!!! Sekiranya 288 orang ataupun 200 orang ini dapat berkumpul bersatu hati, menyumbang sesuatu alangkah baiknya. Bayangkan jika seorang kembali dengan membawa satu isu yang difahaminya dan diterangkan kepada adik-adiknya. Setahun 200 isu telah difahami,( tima kasih acap bawa isu alam sekitar menerangkan kepada kami sebelum ke UIAM, cuma menanti Munir saja untuk kembali dengan isu -isu semasa debat yang lebih panas, almaklumlah best speker baru-baru ni ) itu dari segi idea, jika seorang membawa satu isu dan RM 10.00 sekali maka RM 2000 duit setahun dapat dihimpun.

Bukan apa, kalau ada RM tu, macam-macam boleh buat, beli baju koporat, buat baju T-Shirt, beli bahan-bahan rujukan, beli laptop, beli broadband..........tak pun …... maka tidaklah masa kuarantin nanti pihak sebelah makan Mc D, kita hanya memandang sambil memakan kuaci, tidaklah sekolah-sekolah lain pakai broadband dengan kelajuan sesaat maklumat dicari ditemui, kita 5 minit baru nak cari line wireless itu pun nasib baik kat SSP ada line. Kena masa di UIAM terpaksa propa isi, itu pun menang 5 kali dari 6 perlawanan, kalau ada brodband bukanlah janji masuk final, sekurang-kurangnya ada harapan untuk kefinal. Dengan dana dan sumbangan yang dikumpul tidaklah, masa kita nak pegi debat baru nak tercari-cari blazer nak pinjam, kan bagus ada blazer sendiri, ( tima kasih band memberi pinjam blazer hitam baru yang cantik)

Sebenarnya sebagai pedebat kita sendiri yang tahu tatkala orang lain tak tahu, betapa penat lelahnya debat, walaupun orang lain melihat mudah. Kita sendiri yang tahu betapa sakitnya apabila dimalukan,aib apabila gagal memberikan hujah dan fakta. Betapa malunya apabila pihak lawan memperlekeh dan memperkecilkan kita. Betapa penat dan tersiatnya hati bila usul kita diumum tidak diterima.Betapa sakitnya telinga kita apabila orang berkata “ eh sekolah premier semua hebat dalam debat, tapi Sdar tak de pun …... Kesengsaraan itu pernah kita rasa, apakah segala kepayahan yang pernah kita rasakan itu, ingin kita wariskan kepada generasi kita yang akan datang dan pada adik-adik kita sekarang. Respon....

Apakah kita puas kalau dahulu zaman kita tiada siapa yang membantu, sekarang juga biar tiada siapa yang membantu? Apaklah kita puas sekiranya dahulu kita dimalukan diperlekehkan, sekarang juga adik-adik kita diperlekehkan? Apakah kepuasaan kepada kita, dengan mengatakan biarlah dia orang...belajar hidup berdikari....aku dulu pun sendiri........seperti nyanyian zaiton sameon ?(Mak sedara syafik ) Dulu aku sendiri hadapi hidup ini, susah senang diriku, tak bertempat mengadu...seperti burung kepatahan sayap. Dihati kecil ini aku MEMBALAS DENDAM.... Di manakan one sdarian always sdarian?

Pemimpin berjasa akan bertukar ganti, namun merdeka kekal abadi, begitu juga guru di Sdar akan bertukar ganti, cikgu pun akan pergi.....kalaupun tidak sekarang tapi lagi 10 tahun nanti jadi pengetua nanti......pergi jugak..... tetapi.......Sdarian juga yang kekal abadi....Sejauh-jauh seluang melaut akhirnya kembal kepantai jua....aku yakin dengan pepatah orang lama2 tu.


( Tima kasih abg budu belanja KFC selepas kalah, sekurang-kurangnya, terubat sikit hati yang luka, tapi jangan tak percaya dalam sejarah budak SDAR makan KFC tak habis, mungkin lepas kalah kot, KFC ditelan terasa pahit. Hehe ) Oleh yang demikian kalau ada penaja tahun depan nak jimat belanja, belanjalah kami selepas kalah, seketul kongsi 2 orang je. Tima kasih juga yang bagi kat cikgu Pen PARKER yang cantik, nak pakai pun sayang, biarlah sy simpan sebagai kenangan yang mana kita pernah bersama,


Dato' Razak, namanya GAH,
Masakan setanding dengan Rembau,
Walau jasad kita terpisah,
Kenangan bersama tetap terimbau.

( pembayang pantun ini tiada kaitan langsung dengan sesiapa)

Debat BM aku.....

Pada tahun ni aku masih lagi menjadi guru pengiring pasukan Debat Bahasa Melayu SDAR.. Moga-moga tahun yang mendatang juga hendaknya.........Terima Kasih kepada ketua Bidang aku Kak Shariah atas kepercayaan yang diberikan untuk aku memimpin pasukan Debat SDAR untuk tahun yang ke-3. Terima kasih juga kepada mereka yang hadir memberi sokongan, sekurang-kurangnya tahun ni aku tidak bersendirian tatkala SDAR diumumkan kalah. Terutamanya Syafiq, Akbar, A.Nizam, Balu, Acap, terima kasih juga kak Kay, Kak Sha, Kak Mariana, Kak Umi, Kak Nora, Aisyah, Nurul dan Azie yang sempat melawat kami di SSP. Buat Azairi, masa 2007 tatkala ilmu debat sebesar kuku, sampai ke SAKTI sanggup menunggu. Tapi tatkala ilmu debat sebesar gunung, SSP yang dekat tak nampak batang hidung.( hehe gurau je)

Berbalik pada pasukan Debat Bahasa Melayu, awal-awal lagi, aku hanya mensasarkan 3 kali kemenangan sahaja terutamanya ketika pertemuan pusingan pertama SDAR VS SBPI Kuantan, pusingan kedua SDAR VS KUSES dan pusingan ketiga SDAR VS STJ. Ketiga-tiga pertemuan ini alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada SDAR. Sekiranya SDAR tidak bersama dalam kumpulan tuan rumah SSP sebenarnya kita adalah juara kumpulan, kerana semua pasukan yang muncul juara kumpulan perlu berlawan sebanyak 3 kali sahaja, kecuali kumpulan yang ada SMAP Kajang selaku johan tahun lepas, Kumpulan yang ada SERATAS selaku N. Johan lepas dan kumpulan yang ada tuan Rumah SSP. Maka terpaksalah kita akur berlawan sebanyak 4 kali, dan yang paling melemahkan semangat apabila pusingan terakhir iaitu pusingan ke-4 apabila bertemu tuan rumah SSP, aku dah dapat rasakan kemenangan tidak berpihak kepada SDAR, biar lah apa yang aku rasakan ini, hanya aku saja yang tahu, kenapa dan mengapa.......

Beraksi dihadapan penonton tuan rumah dan menentang SSP selaku tuan rumah, satu bonus dipihak mereka. Apatah lagi SSP dibawah pimpinan saudara Azizul dan Hazril dua lagenda agung debat IPT membuatkan aku tidak meletakkan harapan setinggi gunung, takut kalah menagis meraung-raung . tetapi apabila melihat anak aku beraksi dengan hujah dan fakta yang menyakinkan membuatkan aku yakin kemenangan berpihak kepada SDAR. Bukanlah aku masuk bakul angkat sendiri, tetapi diakui oleh Saudara Hazril dan juga Azidul trainer SSP sendiri, bahawa SDAR sepatutnya menang. Namun walaupun pahit harus ditelan rezeki masih tidak lagi berpihak kepada SDAR. Syabas Syarul Aidy, Syeikh Adzlan dan Aidil.....kalian membuatkan aku terharu dan terpaku tatkala mengupaskan tajuk Globalisasi memantapkan budaya negara.Kepada SSP anda tidak dinafikan juga terlalu Hebat....tahniah...........

Di nobatkan sebagai juara Debat pada PPM 2009 bukanlah matlamat utama walaupun itu yang aku gariskan pada kluster 2009. Tetapi yang penting bakat kepimpinan dalam debat, nilai-nilai murni yang ada pada debat itulah yang aku harapkan debater aku hayati, kerana ianya banyak membantu dalam kehidupan mereka kelak. Percayalah kalau kita kecil kita kena jerit kuat-kuat biar orang lain dengar dan tahu kewujudan kita, tetapi kalau kita pendebat kita hanya perlu tersenyum sambil berkata, seantero dunia pasti memerhatikan kita.

Pesanan buat semua anak-anak debat SDAR
Selepas kita diumumkan tidak berjaya, jauh disudut hati dari riak wajah kalian , aku tahu ada kehampaan dan kekecewaan, aku dapat rasakan apa yang kalian rasa.. Namun aku sentiasa berpesan andai kemenangan yang kita cari, kehampaan yang akan kita jumpa, namun andai ilmu yang kita cari kepuasan yang akan menanti kita. Kita puas dengan debat.......kerana Debat

…... mengajar kita menerima kekalahan dengan hati yang terbuka,
…....mengajar kita menahan air mata daripada tumpah,
…....mengajar kita menerima keputusan dengan pasrah dan reda,
…....mengajar kita untuk mencari hikmah dan tabah. AKHIRNYA kita dewasa sebelum usia.

Debat juga.....

…...Kata-kata kita akan dikenang
…...Hadir kita akan dipandang,
…...Kepimpinan kita akan dijulang.
…...Kita terbaik dalam kalangan terbilang.

Apa yang aku mahukan terutamanya penebat yang dilahirkan di bumi SDAR 15 tahun dari sekarang, kalau tak semua 5 orang cukuplah ( Munir, Acap, Akbar, Hanif, Azim Syafiq, Azlan. Ilyas, Sharul Aidy,Sheikh, Adzlan, Aidil, Paan, Irfan , Haris sekadar yg aku kenal, aku tahu ramai lagi batch sebelum 2007) ”menjadi wakil rakyat ataupun yang berhormat (YB) satu hari nanti. ( Sejarah membuktikan 2 orang YB yg aku tahu adalah debater SDAR) .Kerana apabila diplatform YB kalian mudah untuk menunaikan janji “ berilmu untuk berjasa”. kerana adalah bonus kepada kalian semua yang berkeyakinan, pandai bermain bahasa, menarik perhatian dengan kata-kata mudah untuk jadi pemimpin negara. Apatah lagi anda sekarang berada diatas pentas “ disini pemimpin dilahirkan”. Cikgu disini cukuplah sekadar dibawah pentas itu sahaja, menjadi penonton yang setia....... Ingatlah!!!! Anda tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin kecuali anda memang layak untuk memimpin.

Berakhirnya PPM 2009

Berlabuhnya tirai PPM 2009, menyaksikan suka duka pasukan yang bertanding terutamanya bagi kontigen Debat dan juga Basketball SDAR. Tahun ni, kepenatan tidaklah terasa sangat jika nak dibandingkan tahun-tahun sebelumnya. Apa tidaknya, 2006 di ( SEMSAS Pahang) 2007 di (SAKTI Kota Tinggi) 2008 di ( SEMSAH, Kedah). ( sudahlah kalah.... jauh lak tu lagi lah penat... hehe) tapi tahun ni kat SSP je 2 jam dah sampai ke SDAR . Kedua tak terasa penat sangat, mungkin dalam kehampaan gagal mencapai target buat (BM & BI Debate) tapi dalam masa yang sama, sekurang-kurangnya SDAR tidak balik dengan tangan kosong, tumpang gembira anugerah Kokurikulum, Anugerah Full Colour dan N. Johan Basketball. Jika dibandingkan tahun lepas masuk angin keluar asap j, satu pun tak de...

Tahun ni aku banggalah jugak, dalam dewan PICC menyaksikan nama SDAR berkumandang dan tertera dilayar putih apabila diumumkan sebagai pemenang Tempat pertama Anugerah Kokurikulum terbaik kebangsaan SBP, KPM untuk tahun 2008 mengetepikan pencabar terdekat TKC. Tahniah dan syabas diucapkan kepada ketua Kontigen HKSBP tahun ini dan juga merangkap PK ko SDAR tidak lain tidak bukan En Mokhtar Husin (Abg Mok) yang aku kira orang yang paling banyak mencetus ke arah kejayaan ini. Pengorbanan dan perjuangan anda akhirnya berhasil juga. Kebanggaan ini juga aku rakamkan kepada semua warga SDAR yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menyumbang kejayaan ini. Semoga tahun hadapan anugerah ini milik kita lagi, sebab sepertimana yg kita maklum, kejayaan KOKO SDAR paling banyak disumbangkan pada tahun 2009 berbanding pada tahun 2008.

Sebelum terlupa, Tahniah !!!! kepada Saudara Azim Taib atas kejayaan menerima anugerah Full Colour yang kali terakhir nama SDAR dipanggil pada tahun 2006 atas tiket Saudara Syukur Shaari. Sebenarnya anugerah full colour ni, baru tahun ni dapat borang untuk diisi, aku kira kalau tahun lepas borang sampai kemeja aku, insyaallah Syahmi, Bota,& ramai lagi yg layak sebab 37 orang ( 10 A) masa tu, Pasti, SDAR juga turut diumumkan di Jenan. Tapi disebabkan masalah teknikal, tahun 2007 tiada sesiapa pun layak. Dan aku ingat juga masa kat Jenan Cikgu Mokhtar lah orang yang ke depan mempertikaikan kenapa SDAR tak dapat Full Colour, sebab sepanjang aku kat SDAR budak-budak yang pandai dan aktif memanglah ramai. Setakat Rugbi antarabangsa bersepah... Dan aku harap kepada budak-budak yang pergi ke Vietnam dan Singapura tahun ni (2009) , SPM buat sehabis baik, sebab satu kriteria Full Colour telah anda penuhi iaitu aktiviti peringkat antarabangsa. So ada harapan untuk menang lagi. Bila sebut pasal Vietnam ni, yang kita bawa kesana semua budak yang aku kira harapan 10 A1, tapi punyalah tak tahu bersyukur, boleh kata sekolah membazir duit pergi sekolah 3 jam je, berisar-siar je lebih. Argh malas nak komen....

Harap-harap tahun depan, nama SDAR akan terus berkumandang bagi dua kategori ini dan jika boleh, merampas anugerah ASAD dari SMS Kucing dan Kategori Akademik dari SEMASHUR sekaligus merampas anugerah Sekolah SBP tebaik dari TKC. Apabila Sains Kucing diumumkan sebagai pemenang ASAD aku teringat, akulah orang yang membawa guru-guru SMSkuc melawat asrama untuk bench marking asrama sekolah mereka. Aku juga mematahkan pokok bunga di SDAR untuk mereka bawa balik ke sekolah mereka.( jgn marah k. limah & k. jah) Usaha gigih mereka terbalas jua......Tahniah SAINSkuc.

Sepanjang HKSBP berlangsung, paling sengit dan mencuri tumpuan bagi aku kat dipadang basket ball. Kekalahan MCKK selaku penyandang juara 5 kali berturut-turut HKSBP di tangan MOZAC dan SAINSKuc amat memeranjatkan kepada mereka yang tak tengok, tapi kepada mereka yg tengok dah agak dah... Sekiranya penakulan mantik mudah dibuat SDAR adalah pasukan paling layak untuk dinobatkan sebagai juara. Kerana diperingkat kumpulan telah menewaskan SAINSKuc, dan pertemuan semula Final bertemu sekali lagi dengan SAINSkuc selaku N. Johan Kumpulan. Namun apakah daya apa saja boleh berlaku, kemenangan masih belum milik kita. Mungkin kesedihan SDAR boleh dikongsi bersama Tun Fatimah selaku penyandang juara 2008, apabila tewas satu mata kepada tuan Rumah SSP, 43-44. Aku tidak dapat bayangkan kalau SSP selaku tuan rumah pula kalah, sudahlah penyokong punya ramai, mahu banjir kilat Cyberjaya petang tu dek air mata penyokong dtambahkan lagi hujan ptg tu.

Tahniah dan syabas juga kepada pasukan basketball SDAR yang cukup bermati-matian untuk merampas kembali kejuaraan yang pernah kita raikan pada tahun 1983. Walaupun kita tewas dengan 62 -65 namun ini lah perlawanan yang paling sengit dan mendebarkan yang pernah aku saksikan. Walaupun pasukan debat kalah, air mata aku masih dapat aku tahan, tapi kekalahan pasukan basket ball tak tahu kenapa air mata aku boleh menitis dipipi, ( teknik kembangkan mata yang aku amalkan seperti yg aku ceritakan pada kak Zai & k. Liza tak berjaya aku aplikasikan.) Mungkin aku sendiri dapat melihat kesungguhan mereka bermain bermati-matian dari awal hingga ke final. Mungkin aku juga menyaksikan dia orang berlatih setiap hari depan rumah aku tidak kira berpanas dan berhujan. Sungguh gigih....... amat gigih......... terlalu gigih itu yang dapat aku katakan ….namun apabila dihari penentuan penat lelah itu masih juga tidak terbalas......Aku tahu kekalahan itu satu keperitan . Walaubagimanapun tahniah dan syabas kepada semua pemain termasuk Sir Nordin selaku guru pengiringnya, Dr Ramli dan Dr Zamri jurulatihya, posto kaptenya, dan semua SDARIAN yang hadir memberi sokongan. Semoga tahun hadapan kejayaan itu milik kita....Amin......