Tuesday, May 26, 2009

Salam Penulisan


Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Rasul akhir zaman, semoga kita mendapat syafaat hendaknya..........
Apa khabar teman-teman, harap macam selalu tidak ada lainnya...Apa dia? Luar biasa bagus dan hebat sekali. Biarpun tak bagus, tapi bagus itu adalah lebih baik daripada memang tak bagus dan rasa teruk sekali.
Entah berapa lama lagi nafas ini untuk kita, tak pernah kita tahu, Entah banyak lagi entah tinggal sedikit. Lantaran kita tidak tahu tinggal banyak atau sedikit , kenapa tidak kita lalui hidup kita berikut dengan penuh bahagia, penuh ceria dan luar biasa....so janganlah bermuram durja... marilah kita bersuka ria.......walaupun laporan kluster nak dihantar minggu ini........namun sukaria kita biarlah terpimpin dan betempat....bukan sepanjang masa bersukaria.
Bila sebut berapa lama lagi........ Samalah aku pun tidak tahu berapa lama lagi aku ada dibumi SDAR, melihat keindahan kelapa sawit, melihat aliran arus kereta di highway di sebelah bilik aku, mendengar lagu berilmu untuk berjasa setiap pagi......... kalau dirisaukan apa yang berlaku esok........hanya boleh termenung sambil mengait stokin itu saja yang mampu terbuat.......kalau benar angin yang bertiup.....
Bemula pada minggu ini, 25 Mei 2009, tidak berapa lama saja aku akan berada di bumi SDAR, Sg Gadut. …...maka inilah minggu terakhir aku disini …..... dan inilah PPM terakhir aku mambawa nama SDAR.......Sebak mula terasa, sedih mula menerpa, tanpa disangka aku sudah berada diakhir pertemuan diambang perpisahan …..walaupun pahit, hakikat harus ditelan......aku perlu pergi jua dengan tugasan yang telah diamanahkan......... Meninggalkan SDAR dan seluruh isinya....tidak pernah termimpi untuk se begini.....tapi apakah daya.....rencana Allah sebaik-baik rencana....
Saat bersama terlalu indah,
Bagai setahun tidak bertemu,
Niat dihati tak mahu berpisah,
Takdir tuhan siapa yang tahu.
Rupa-rupanya usia aku di SDAR cuma 3 tahun sahaja, baru ingatkan nak pecah rekod Kak Zila, kak zai, ckg Sahak ( jgn marah) guru paling lama, tapi rekod guru paling sekejap rupanya.....Opss tutuplah cerita yang tak pasti lagi ni...apa-apa aku berpegang kata ckg Sahak, bulan 8 baru ke sana...dan untuk sedapkan hati...biarlah aku menghitung saat terasa lama sikit dari menghitung hari..........
Eh........Tak tahu macamana boleh terfikir kesitu pulak...seram terasa SESERAM nama....hehehe
Ok lah berbalik pada niat asal nak buat blog ni.......
Tidak terfiir juga untuk ada blog sendiri, mengenangkan terlalu banyak kerja yang melimpah ruah yang tak sudah. Namun asakan dan hasutan cikgu Yazid, contoh terbaik kak Shariah dan Kak Zai walaupun sibuk maintain ada isu-isu terkini dalam blognya..... maka agak tercabar jugaklah untuk ada blog sendiri. Bak kata cikgu Yazid agar dapat kita bertaut-taut, maka akhirnya siap juga blog aku. Ikutkan tak siap jugak, tapi mengenangkan pagi-pagi lagi semalam 26/5/09 dan terbaca dalam blog ckg Yazid nama aku terpalit, maka menyahut cabaran, biar bersengkang mata, kena siapkan jugak , almaklumlah darah hang tuah keturunan melaka masih menebal, pantang dicabar …....apa-apun tima kasih kepada yg sudi tlg aku buat blog ni … buat kak liza jangan marah saya dah ada blog......maka saya bolehlah bersekongkol dengan orang-orang bilik sebelah. Baik buat cepat, nanti kita orang sembang-sembang pasal blog...akak senyap je..... lagi pun apa kata masyarakat sekeliling...sebab org yang tak de blog ni orang kata buta IT, tak ikut arus zaman...mcam-macam lah …....
Sebenarnya banyak perkara dalam kehidupan kita di dunia ini yang kita sedar. Kita sedar perkara itu kerana kita memilih untuk melakukannya. Contohnya apabila kita dahaga, kita sedar yang kita perlukan air untuk membasahkan tekak dan menghilangkan dahaga. Begitu juga kita sedar akan kepentingan dan keburukan buat blog, tapi kita memilih untuk membuatnya......Tetapi sedarkah kita kadangkala kita memilih pilihan yang salah dalam masa kita sedar itu. Kemudian terungkap dalam hati "eh, rupanya aku tak sedar."
Ketika bercakap kita kadangkala tidak sedar terlafaz sesuatu yang tidak sewajarnya dilafazkan. Bila kita sedar semula... kita tidak lagi boleh mengundurkan kata-kata itu. Penulisan juga sama. Menulis perlu berhati-hari. Menulis satu perkataan dan sebaris ayat perlu dikaji terlebih dahulu supaya kesan negatif tidak datang kemudian hari.
Tetapi, kalau dah tertulis apa boleh buat? Minta maaf sahajalah. So minta maaf sekiranya ada bakal penulisan dan coretan ada yang menguris hati rakan-rakan mahupun kenalan....... semoga kita terus bertaut.......... walaupun biduk berlalu kiambang tetap bertaut.........................
Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
namus seandainya mati punca perpisahan.
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata

3 comments:

  1. Syabas.... akhirnya asrar mula bangun dari selimut dan terbang ke bulan. Salam berblog.

    ReplyDelete
  2. oit... sabar je lah. nanti, kalau ada rezeki boleh balik SDAR. hehe

    ReplyDelete
  3. Sampai hati ye.... nak tinggalkan perjuangan debat di Sdar.....Tak pe ...nanti kak sha akan kumpulkan semua pendebat-pendebat Sdar supaya berkampung di Sdar....heh..heh....

    ReplyDelete