Thursday, June 4, 2009

Debat BM aku.....

Pada tahun ni aku masih lagi menjadi guru pengiring pasukan Debat Bahasa Melayu SDAR.. Moga-moga tahun yang mendatang juga hendaknya.........Terima Kasih kepada ketua Bidang aku Kak Shariah atas kepercayaan yang diberikan untuk aku memimpin pasukan Debat SDAR untuk tahun yang ke-3. Terima kasih juga kepada mereka yang hadir memberi sokongan, sekurang-kurangnya tahun ni aku tidak bersendirian tatkala SDAR diumumkan kalah. Terutamanya Syafiq, Akbar, A.Nizam, Balu, Acap, terima kasih juga kak Kay, Kak Sha, Kak Mariana, Kak Umi, Kak Nora, Aisyah, Nurul dan Azie yang sempat melawat kami di SSP. Buat Azairi, masa 2007 tatkala ilmu debat sebesar kuku, sampai ke SAKTI sanggup menunggu. Tapi tatkala ilmu debat sebesar gunung, SSP yang dekat tak nampak batang hidung.( hehe gurau je)

Berbalik pada pasukan Debat Bahasa Melayu, awal-awal lagi, aku hanya mensasarkan 3 kali kemenangan sahaja terutamanya ketika pertemuan pusingan pertama SDAR VS SBPI Kuantan, pusingan kedua SDAR VS KUSES dan pusingan ketiga SDAR VS STJ. Ketiga-tiga pertemuan ini alhamdulillah, kemenangan berpihak kepada SDAR. Sekiranya SDAR tidak bersama dalam kumpulan tuan rumah SSP sebenarnya kita adalah juara kumpulan, kerana semua pasukan yang muncul juara kumpulan perlu berlawan sebanyak 3 kali sahaja, kecuali kumpulan yang ada SMAP Kajang selaku johan tahun lepas, Kumpulan yang ada SERATAS selaku N. Johan lepas dan kumpulan yang ada tuan Rumah SSP. Maka terpaksalah kita akur berlawan sebanyak 4 kali, dan yang paling melemahkan semangat apabila pusingan terakhir iaitu pusingan ke-4 apabila bertemu tuan rumah SSP, aku dah dapat rasakan kemenangan tidak berpihak kepada SDAR, biar lah apa yang aku rasakan ini, hanya aku saja yang tahu, kenapa dan mengapa.......

Beraksi dihadapan penonton tuan rumah dan menentang SSP selaku tuan rumah, satu bonus dipihak mereka. Apatah lagi SSP dibawah pimpinan saudara Azizul dan Hazril dua lagenda agung debat IPT membuatkan aku tidak meletakkan harapan setinggi gunung, takut kalah menagis meraung-raung . tetapi apabila melihat anak aku beraksi dengan hujah dan fakta yang menyakinkan membuatkan aku yakin kemenangan berpihak kepada SDAR. Bukanlah aku masuk bakul angkat sendiri, tetapi diakui oleh Saudara Hazril dan juga Azidul trainer SSP sendiri, bahawa SDAR sepatutnya menang. Namun walaupun pahit harus ditelan rezeki masih tidak lagi berpihak kepada SDAR. Syabas Syarul Aidy, Syeikh Adzlan dan Aidil.....kalian membuatkan aku terharu dan terpaku tatkala mengupaskan tajuk Globalisasi memantapkan budaya negara.Kepada SSP anda tidak dinafikan juga terlalu Hebat....tahniah...........

Di nobatkan sebagai juara Debat pada PPM 2009 bukanlah matlamat utama walaupun itu yang aku gariskan pada kluster 2009. Tetapi yang penting bakat kepimpinan dalam debat, nilai-nilai murni yang ada pada debat itulah yang aku harapkan debater aku hayati, kerana ianya banyak membantu dalam kehidupan mereka kelak. Percayalah kalau kita kecil kita kena jerit kuat-kuat biar orang lain dengar dan tahu kewujudan kita, tetapi kalau kita pendebat kita hanya perlu tersenyum sambil berkata, seantero dunia pasti memerhatikan kita.

Pesanan buat semua anak-anak debat SDAR
Selepas kita diumumkan tidak berjaya, jauh disudut hati dari riak wajah kalian , aku tahu ada kehampaan dan kekecewaan, aku dapat rasakan apa yang kalian rasa.. Namun aku sentiasa berpesan andai kemenangan yang kita cari, kehampaan yang akan kita jumpa, namun andai ilmu yang kita cari kepuasan yang akan menanti kita. Kita puas dengan debat.......kerana Debat

…... mengajar kita menerima kekalahan dengan hati yang terbuka,
…....mengajar kita menahan air mata daripada tumpah,
…....mengajar kita menerima keputusan dengan pasrah dan reda,
…....mengajar kita untuk mencari hikmah dan tabah. AKHIRNYA kita dewasa sebelum usia.

Debat juga.....

…...Kata-kata kita akan dikenang
…...Hadir kita akan dipandang,
…...Kepimpinan kita akan dijulang.
…...Kita terbaik dalam kalangan terbilang.

Apa yang aku mahukan terutamanya penebat yang dilahirkan di bumi SDAR 15 tahun dari sekarang, kalau tak semua 5 orang cukuplah ( Munir, Acap, Akbar, Hanif, Azim Syafiq, Azlan. Ilyas, Sharul Aidy,Sheikh, Adzlan, Aidil, Paan, Irfan , Haris sekadar yg aku kenal, aku tahu ramai lagi batch sebelum 2007) ”menjadi wakil rakyat ataupun yang berhormat (YB) satu hari nanti. ( Sejarah membuktikan 2 orang YB yg aku tahu adalah debater SDAR) .Kerana apabila diplatform YB kalian mudah untuk menunaikan janji “ berilmu untuk berjasa”. kerana adalah bonus kepada kalian semua yang berkeyakinan, pandai bermain bahasa, menarik perhatian dengan kata-kata mudah untuk jadi pemimpin negara. Apatah lagi anda sekarang berada diatas pentas “ disini pemimpin dilahirkan”. Cikgu disini cukuplah sekadar dibawah pentas itu sahaja, menjadi penonton yang setia....... Ingatlah!!!! Anda tidak dilahirkan sebagai seorang pemimpin kecuali anda memang layak untuk memimpin.

2 comments:

  1. Kalau pendebat hanya perlu tersenyum sambil berkata, cikgu hanya perlu menulis, air mata saya menitis.

    InsyaAllah cikgu, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kemanakan lagi boleh si sirih hendak pulang kalau tak ke gagangnya.

    Cikgulah antara insan paling ikhlas dan bersemangat pernah saya jumpa. Moga Allah merahmati cikgu. Sebenarnya cikgulah yang telah berjaya memenifestasikan 'Berilmu Untuk Berjasa'. Semoga cikgu takkan jemu membantu.

    Janganlah tinggalkan SDAR, janganlah tinggalkan kami...

    ReplyDelete