Wednesday, June 24, 2009

DEBAT NC UKM...............

DEBAT UKM pertama kalinya SDAR mengalas amanat.....................
Walaupun aku tak pi tengok anak-anak pi berdebat kat UKM tapi berita yang aku dapat dari sms ilyas masa kat menceh amat mem banggakan. Sesungguhnya perjalanan mereka ke UKM aku hanya mengharapkan mereka menimba pengalaman dan merasakan suasana sebenar pertandingan sahaja..... tak lebih dari tu ...... Tapi sebalinya........ ibarat menongkah bintang dilangit akhirnya bulan keribaan. Berikut keputusan SMS dan rasmi yang diterima

Sesi satu: Usul Semangat Cintakan Negara semakin Membara
Kerajaan SDAR menentang pembangkang STAR A
Pendebat terbaik, Mohd Thalhah bin Kamarulzaman,( SDAR)
Pemenang: SDAR

Sesi 2, usul: Konsep 1 Malaysia Tepat Pada Masanya
Kerajaan SDAR menentang Pembangkang MRSM Tun Ghafar Baba
Pendebat Terbaik: Mohd Luqman Suffian bin Junaidi, SDAR
Pemenang: SDAR

Sesi 3, dengan usul, Program Latihan Khidmat Negara mencapai matlamat
Kerajaan SDAR menentang pembangkang SSAS
Pendebat Terbaik : SSAS
Pemenang: SDAR

Sesi 4, dengan usul: Remaja kita tak peka dengan isu semasa.
Kerajaan SDAR menentang pembangkang STAR B,
Pendebat Terbaik : STAR
Pemenang: STAR B

Sesi 5, dengan usul: Program Penerapan Modal Insan Sudah Berjaya
Kerajaan MRSM Kuala Kubu Baru menentang pembangkang SDAR
pendebat terbaik: Mohd Adzlan Qushaimi bin Jamaludin, SDAR
Pemenang: SDAR

Dengan kemenangan itu, maka SDAR berada di tangga ke 2 keseluruhan, dibawah SSP, peringkat saringan pada masa itu.
Sesi 6, merupakan sesi penentuan ke suku akhir. Maka, dengan usul: Hak Asasi Malaysia Membanggakan,
Kerajaan SSP menentang Pembangkang SDAR,
Pendebat Terbaik: SSP
Pemenang, SSP

Walaupun SDARkalah di tangan SSP, namun begitu, kita masih bernasib baik kerana kita masih berada di dalam 8 pasukan teratas iaitu pada kedudukan kelima.
Setelah percaturan dilakukan, maka, bagi peringkat suku akhir, SDAR telah di gandingkan dengan Sekolah Sultan Alam Shah sekali lagi. Maka, berikut adalah keputusannya.

Usul diberi, Penggunaan Internet Perlukan Kawalan,
Kerajaan SDAR, menentang SSAS Pembangkang,
Pendebat terbaik: SSAS
Pemenang: SSAS

Walaubagaimanapun kekalahan terubat apabila diumumkan 10 best speaker.
1- MRSM TGB ( Ahmad Asraf) Ting 4
2- SAS ( Mohd Zuheir) Ting 4
3- SDAR (Mohd Thalhah bin Kamarulzaman. Ting 2
4- SDAR ( Mohd Adzlan Qushaimi bin Jamaludin) Ting 4
5- SSP ( Nurul Shairah) Ting 4
6- Maahad Hamidiah ( Afzan Syazwan.) Ting 4
7- SDAR .(Mohd Luqman Suffian bin Junaidi) Ting 2
8 – MCKK ( Abdul Lukman) Ting 4
9- SAS ( Mohd Yazid) Ting 4
10- SBPI Gombak ( Fatin Najwa) Ting 4

Prestasi yang ditunjukkan agak memberangsangkan kerana walaupun ini merupakan kali pertama budak2 ni wakil sekolah kecuali (adzlan) tapi kejayaan amat meberangsangkan tangga ke-2 selepas 5 perlawanan dan tangga ke-5 selepas 6 pusingan.

Kesemua debater SDAR berjaya mendapat tempat sepuluh terbaik, daripada keseluruhan 120 peserta yang bertanding. Satu-satunya sekolah kesemua peserta mendapat TOP TEN best speaker......

Semoga tahun hadapan kejayaan itu milik kita.............................

4- Tak lupa juga .....Tahniah kepada Team Eksplorasi Alam Kerjaya SDAR kerana menjuari EAK Zon Selatan dan akan mewakili ke peringkat kebangsaan pada Ogos ini di SAS.

3 comments:

  1. tahniah buat team Cikgu debat SDAR... Harus dapat semua top ten.. lepas ni, jangan lalu x pandang orang sudah le bebudak ni...

    ReplyDelete
  2. bukan tak nak pandang......tapi tunduk zuhud tanda hormat pada diva

    ReplyDelete
  3. Aduhai, mereka sudah maju, kita juga perlu kerana ada kawan sudah merapu, sehinggakan pada tahap tidak percayakan manusia berkuasa di SDAR (mungkin dan agak ya, namun perlu fikir secara teliti agar tidak susah nanti)Oleh itu, penjelasan tentang hal ini perlu dijelaskan agar ada orang (kawan) faham doktrin pemisahan kuasa dan usaha sia-sia (bagi dia) yang saya yakin hanya sementara

    ReplyDelete