Thursday, June 25, 2009

KOCEK TEBAL ADA LEBIHNYA


Bersedekah adalah amaln sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup mereka. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing.Malah apabila kita menyebut sedekah ini, hukumnya sunat, berbeza dengan nazar dan zakat. Pun begitu, apabila kita menyentuh tentang bentuk-bentuk sedekah, segolongan orang miskin di kalangan sahabat telah mendatangi Baginda lalu bertanya: "Ya Rasulullah orang kaya telah menguasai segala pahala kebaikan, mereka sembahyang, puasa seperti yang kami lakukan. Malah mereka mampu pula bersedekah dengan kelebihan harta mereka sedangkan kami tidak boleh?'' Jawab Baginda: Tidakkah Allah telah membuatkan untuk kamu semua itu sesuatu yang kamu boleh sedekahkan. (Riwayat Muslim)Di dalam hadis ini, Nabi hendak menceritakan tentang bentuk-bentuk sedekah yang disebut di dalam hadis ini, iaitu Sesungguhnya bertasbih itu merupakan sedekah dan setiap takbir juga merupakan sedekah, tahmid dan tahlil juga adalah bentuk sedekah. Selain itu, setiap perkara atau perintah untuk membuat makruf, melarang orang membuat mungkar, itu juga adalah sedekah.
Apa yang Rasulullah ingin tegaskan di sini, hanya sebagai satu berita gembira kepada orang yang tidak berkemampuan melakukan sedekah kebendaan. Terutama seperti aku yang berstatus “cikgu” jika hendak dibandingkan dengan kawan-kawan dilain sektor yang mana gaji berlipat kali ganda.
Pun begitu, makna sedekah yang sebenar-benarnya mengikut takrif ajaran Islam, ialah dalam bentuk harta, duit, aset dan sebagainya.Mengapakah sedekah ini perlu dalam bentuk harta? Ini kerana kalau sebut sahaja harta, duit, barangan atau aset, pastinya ia adalah sesuatu yang amat berharga dan amat disayangi. Berbeza kalau kita kita bersedekah dengan tenaga. Ia diumpamakan seperti tidak ada sebarang makna atau nilai.
Selain itu, perkataan sedekah jika bersandarkan kepada al-Quran dan hadis, sebenarnya ia dalam bentuk harta. Ini ditekankan lagi, apabila Nabi s.a.w. membuat contoh, bersedekahlah kamu walaupun dengan separuh daripada tamar. Nabi menggunakan benda, ini menjelaskan bahawa sedekah dalam konsep Islam ialah harta benda tanpa menafikan sedekah dalam bentuk-bentuk lain.
Hakikatnya, tawaran syurga yang Allah berikan kepada kita itu, terdapat banyak pintu, di antaranya Babus Sadakah iaitu Pintu Sedekah. Jadi mudah-mudahan, jika sedekah ini kita dapat jadikan sebagai satu budaya di dalam kehidupan, insya-Allah kita akan berpeluang masuk melalui pintu ini. Hal ini diperkukuhkan dengan hadis sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Sesiapa yang membelanjakan sepasang kuda, unta atau sebagainya untuk digunakan dalam perjuangan di jalan Allah, maka namanya diseru dari dalam Syurga:
''Wahai hamba Allah! Pintu ini adalah lebih baik. Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli sembahyang (orang yang sempurna sembahyangnya) maka dia diseru dari Bab Solat (pintu sembahyang). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Jihad (orang yang berjuang di jalan Allah), maka dia diseru dari Bab Jihad (pintu jihad). Sesiapa yang tergolong dari kalangan ahli Sadaqah (orang yang suka bersedekah), maka dia diseru dari Bab Sadaqah (pintu sedekah) dan sesiapa yang tergolong dari golongan orang yang suka berpuasa, maka dia akan diseru dari Bab Ar-Rayyan (pintu Ar-Rayyan).'' Abu Bakar As-Siddiq bertanya: ''Wahai Rasulullah! Adakah setiap orang semestinya akan diseru dari pintu-pintu tersebut. Adakah tidak mungkin seseorang itu diseru dari kesemua pintu? Rasulullah s.a.w. bersabda: Benar! Aku berharap bahawa engkau termasuk di antara orang yang namanya diseru dari semua pintu. (Riwayat Muslim)
Apa yang ingin aku sampaikan disini, kepada para pelajar, belajarlah bersungguh-sungguh, tak salah kita terlalu merendah diri, tapi dalam masa yang sama jangan kita menafikan kepentingan harta dalam kehidupan kita, berpuas hatikah kita dengan kocek nipis tanpa dapat menyumbang apa-apa kepada agama,bangsa dan negara??? Orang kaya boleh bertasbih, orang yang sederhana seperti cikgu juga boleh bertasbih, orang kaya boleh solat orang sederhana seperti cikgu juga boleh solat, tetapi tatkala orang kaya menyedekahkan hartanya ke jalan Allah seperti menginfa'kan tanah untuk membuat masjid, membayar bil-bil air di masjid, memberi bantuan setiap bulan kepada anak-anak yatim, membina madrasah, membina sekolah-sekolah agama. Apa yang orang sederhana seperti cikgu buat..........tatkala orang kaya melihat anak yatim dan anak yang susah berpakaian lusuh terus boleh mengantikan mereka dengan pakaian yang baru, tapi orang sederhana seperti cikgu hanya boleh membantu sekadar menenangkan mereka dengan kata-kata sabar dan terus bersabar..... tatkala ada bantuan memerlukann contoh hari terbuka asrama, sambutan hari guru, nak pergi lawatan sana sini, apa orang yang sederhana berkocek nipis seperti cikgu boleh buat, sekadar menolong membuat kertas kerja sahaja, tapi kalau orang berkocek tebal sudah tentu boleh menghulurkan bantuan tatkala ada orang memerlukan.
Aku tak kesal menjadi seorang guru, bahkan berbangga hanya Allah sahaja yang tahu, tetapi sekiranya kalian semua diberi peluang dan diberi Allah sedikit kelebihan dengan akal yang cergas dan pintar untuk menjadi orang yang lebih baik dari cikgu, boleh mempunyai pangkat berjawatan tinggi dan bergaji besar, jadilah........usahlah kita menolak tuah, takut kita dikatakan tidak tahu mensyukuri nikmat kepandaian dan kecerdasan yang diberikan. Ingat tidak semua orang Allah kurniakan dengan kepandaian dan kecerdasan seperti kita untuk mendapat 10A, tidak semua orang, Allah pilih kita, kerana Dia tahu kita adalah layak....... dan bakal mengimarahkan bumi ini kelak.

1 comment:

  1. Betul tu... Kenapa kena fikirkan dengan terlalu cetek? Apakah orang kaya ridak mendukung perjuangan ISlam? Saidina Abu Bakar, seorang yang kaya, menyedekahkan semua hartanya untuk membantu penyebaran dakwah nabi... Abdul Rahman bin Auf, semuanya merupakan orang yang kaya... Maka, isu orang yang miskin lebih banyak di syurga itu, perlu ditolak lantaran penyalahtafsiran oleh orang yang berkaitan...
    Kalau begitu, bagaimana kita nak merealisasikan falsafah BErilmu Untuk Berjasa, kalau kita tidak berharta? dan dalam islam, sumbangan itu mestilah dalam bentuk material, yang boleh dinampak seperti yang dinyatakan di atas... Justeru, bagi pelajar SDAR, tidak salah mendokong cita-cita murni, namun, harus diingat bahawa apa yang kita lakukan hari ini sudah pastinya memberi kesan pada masa akan datang...

    ReplyDelete